Saturday, December 03, 2005

PRODUK TERKINI

KOLEKSI SEDIA ADA

Dr.Mohd.Asri Zainul Abidin
MP3
.Fiqh Manhaji Jilid 1 (Siri 1 & 2)(12 kuliah) RM10.00
.Fiqh Manhaji Jilid 1 (Siri 3) (8 kuliah) RM10.00
.Sahih Bukhari ( Siri 1 - 17) (17 kuliah) RM10.00
.Kuliah Julai 2005 (5 kuliah) RM10.00
.Kuliah Ogos & Sept 2005 (8 kuliah) RM10.00
.Kuliah Nov 2005 (5 kuliah) RM10.00

WAKIL DAKWAHNIAGA

KUALA LUMPUR

Rosli bin Dollah
23 Floor Wisma Cyclecarri,
Jalan Raja Laut, 50350
Kuala Lumpur.
HP: 016-2529913

SELANGOR

Abdul Razak bin Abd.Muthalib
141-1B Jalan 1, Batu Caves,
Centre Point, 68100
Selangor.
HP:019-2557025

PAHANG

Hasnol bin Hassan
No-16 Tmn Balok Jaya,
Lorong Balok Sejahtera 2,
26100 Kuantan Pahang.
HP:019-9883408

NEGERI SEMBILAN

Md.Amirullah bin Kasman
Kolej Mara seremban,
Jalan Aminudin Baki, 70100
Seremban , Negeri Sembilan.

MELAKA

Wednesday, September 28, 2005

TUTORIAL MP3


CD DALAM FORMAT MP3, IANYA BOLEH DIMAINKAN MELALUI KOMPUTER DENGAN SOFTWARE REALPLAYER ATAUPUN WINDOWS MEDIA PLAYER. DENGAN MENGGUNAKAN REALPLAYER ANDA BOLEH MEMILIH MANA-MANA KULIAH TERTENTU KEMUDIAN DIPINDAH (BURN) DALAM FORMAT CD AUDIO DAN DIMAINKAN MELALUI CD PLAYER BIASA. CD DALAM FORMAT INI JUGA BOLEH DIMAINKAN MEMALUI MANA-MANA DVD & VCD PLAYER YANG MEMPUNYAI FORMAT MP3.



MULTIPURPOSE MP3 PLAYER( THUMB DRIVE/RECORDER/MUSIC & ETC)


FILE DARI CD MP3 BOLEH DI TRANSFER KE MP3 PLAYER MELALUI KOMPUTER, DENGAN MENGGUNAKAN EARPHONE ANDA BOLEH MENDENGAR SEMUA KULIAH-KULIAH DI DALAMNYA. BIASANYA MP3 PLAYER DALAM KAPASITI 256MB BOLEH MEMUATKAN KULIAH SELAMA 16 JAM.



MP3 CONVERTER, IANYA DIREKA KHUSUS UNTUK MENDEBGAR KASET DI DALAM KERETA. SAMBUNG PERALATAN SEPERTI DITUNJUKKAN KEMUDIAN DIMAINKAN MELALUI KASET KERETA. IANYA AMAT MUDAH SELURUH KULIAH DAPAT DIDENGAR BERSAMA.

KENAPA KITA PERLU MANFAATKAN TEKNOLOGI MP3.

Kulian-kuliah ilmu agama terlalu banyak sekarang ini. Ulamak-ulamak Salaf terpaksa menulis satu persatu perkataan guru-guru mereka. Kita juga mesti melakukan perkara yang sama bagi menyamai displin mereka, tetapi dengan kaedah dan teknologi yang lebih canggih. Kuliah-kuliah yang berselerak dimerata tempat boleh dikumpul dalam masa yang singkat. Sekiranya format kaset dan CD Audio dipakai ianya melibatkan belanja yang tinggi.

Dengan MP3 kita menghimpun sekitar 12 jam kuliah dalam satu CD (compact disc) iaitu seminima 8 kuliah. Dalam format biasa mengkin anda terpaksa berbelanja sekitar RM50.00 untuk membelinya. Tetapi dengan MP3 anda hanya berbelanja hanya sekitar RM10.00.

Kami di dakwahniaga telah menghimpun kuliah bulanan Dr.Mohd.Asri selama sebulan (setiap bulan)kemudian dikeluarkan semula dalam bentuk MP3. Sekiranya anda menguasai teknologi ini, hampir tidak ada kuliah yang anda ketinggalan.

KOLEKSI MP3
1. Kuliah bulan Julai
2. Kuliah August dan September
3. Kuliah Ayatul Ahkam (koleksi)
4. Fiqh Manhaji Jilid 1 (koleksi)
5. Sahih Bukhari

Juga dari Ustaz-ustaz yang lain seperti Ust.Abd.Rasyid, Husin Yee dan lain-lain.

(Hubungi kami sekiranya anda bermasalah dengan penggunaan MP3) Talian: 019-5551234 atau dakwahniaga@yahoo.com.my

Friday, September 02, 2005

BERITA TERKINI

REHLAH DAKWAH RAMADHAN 1426H.

Tidak seperti Ramadhan yang lalu, tahun ini banyak aktiviti yang telah disusun semenjak sebelum Ramadhan lagi. Saya sendiri agak kurang berbuka puasa di rumah kerana selalu terlibat di dalam program luar yang di susun oleh Institut al-Qayyim (IQ). Kemunculan IQ sedikit sebanyak memberi nafas baru kepada gerakan Ihya’ as-Sunnah di Pulau Pinang khususnya dan di Malaysia amnya.

IQ telah mengambil langkah pro-aktif sejak awal Ramadhan lagi dengan mengadakan solat Tarawih berjamaah di Dewan Pengajian al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (DPIQ) setiap malam. Di samping slot tazkirah yang diisi oleh Dr.Mohd.Asri Zainul Abidin, kita juga menjemput tetamu luar untuk membuat pengisian tazkirah atau sekurang-kurangnya menjadi Imam Solat. Ramai tokoh-tokoh dalam dan luar negeri yang sempat bersama kita pada Ramadhan yang lalu, di antaranya Drs.Fauzi dari Muhammadiyah Indonesia, Ust. Yusuf Wan Ngah dari Jamaah Islam Pattani, Ust.Khairuddin At-Takiri dari Rumah Anak-anak Yatim Darul Furqan, Ust.Mohd.Desa dari Muhammadiyah Pulau Pinang, Ust.Hafiz Nordin dan Ust.Husni Mat Piah dari Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang dan banyak lagi tetamu yang tak sempat saya sebutkan di sini.

Berikutnya kami mengadakan perjalanan menjejaki tokoh-tokoh Sunnah di utara tanah air untuk menjemput mereka menghadiri program 19-Nov ini. Kami membentuk dua kumpulan iaitu, kumpulan Ust.Rasyid (Presiden IQ) bersama Sdr.Abd.Wahab (SU Agung IQ) juga bersama Pengarah Program Tuan HJ.Khalid . Bersama-sama dengan rombongan ini beberapa orang pelajar dari UITM. Mereka terus ke negeri Perlis untuk bertemu beberapa orang tokoh sunnah di sana. Manakala rombongan kedua yang di ketuai oleh Ust. Abd.Wahab Ahmad bersama dengan saya dan Sdr. Amir Hashim menjejaki tokoh-tokoh sunnah di Kedah. Kami menyusuri kawasan hutan sehingga ke Ladang Tebu di Padang Sanai di Kuala Nerang bagi menjejaki tokoh-tokoh sunnah ini. Alhamdulillah kami berjaya menemukan tiga tokoh yang cukup hebat di Kedah dan mereka dengan penuh semangat akan berusaha untuk menghadirkan diri dihari program tersebut.

Pada pertengahan Ramadhan, Badan Perhubungan dan Dakwah IQ menganjurkan satu program dakwah kepada Orang Asli yang berada di sekitar kawasan Slim River di Perak. Sebelum itu kami meraikan Anak-anak Yatim Al-Khaadem di dalam majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Darul Hikmah yang bertempat di Ampang, Kuala Lumpur. Selepas majlis selesai sekitar jam 10.30 malam, rombongan kami bertolak menyusur keluar dari Kotaraya Kuala Lumpur menuju ke Slim River. Bersama kami terdapat sedikit pakaian untuk di agihkan kepada keluarga orang Asli yang kami kunjungi. Sekitar jam 2.00 pagi kenderaan pacuan empat roda kami mula memecah keheningan malam di kawasan berbukit itu kerana terpaksa mendaki Banjaran Titiwangsa yang memanjang menggamit kedatangan para pendakwah Islam. Kami sampai di POS Keding sekitar jam 4.00 pagi, selepas mendirikan khemah kami memasak untuk bersahur ala-kadar. Selepas Solat Subuh kami tertidur sehingga jam 10.30 pagi. Mungkin juga kerana keletihan dan mungkin juga kerana nyenyak dibuai deru air sungai yang mengalir. Selepas membuat persiapan diri kami melawat POS Keding dan beramah mesra dengan Orang Asli setempat sambil mengagihkan pakaian untuk mereka. Rombongan kami diterima dengan baik sekali. Tetapi malangnya seratus peratus penghuni POS ini sudah menganut agama BAHAI, di mana terdapat sebuah Pusat BAHAI di sini.

Hujan turun dengan lebat, tanah licin, berbukit dan ini melambatkan pergerakkan kami. Pendakian diteruskan sehingga kami sampai ke Kampung Sempoh di mana hampir sahaja melintasi Negeri Pahang ke daerah Kuala Lipis. Kami singgah disalah sebuah rumah Orang Asli di mana mereka sekeluarga sedang berdiang dekat unggun api kerana kesejukan sambil membakar ubi kayu yang menjadi makanan asasi mereka. Kami dipelawa makan bersama tetapi kami nyatakan bahawa kami berpuasa. Kami dipelawa datang selepas berbuka.

Kami terus mencari kawasan yang sesuai untuk berkhemah kerana hujan masih lebat. Semua punca air bagaikan teh tarik mamak, air menjadi terlalu keroh kerana aktiviti pembalakan yang berjalan di kawasan sekitar kawasan tersebut. Balak-balak ini akan dikeluarkan apabila tiba musim kering. Kami mendirikan khemah dalam hujan lebat dan terus memasak untuk berbuka. Kami lakukan Sembahyang jamaktakhir Magrib dan Isya kerana terpaksa bergegas ke rumah Orang Asli yang menjanjikan Ubi Kayu bakar untuk kami siang tadi. Jam baru sekitar 7.30 malam, suasana sudah gelap dan kebanyakan mereka telah tidur. Puas juga kami memanggil baru mereka menyalakan api. Memang betul kata mereka, untuk apa kami berjaga, kami tak ada lampu dan eletrik solar pun sudah rosak. Kami membawa sedikit ikan kering sebagai saguhati dari kami dan ditukarkan dengan ubi bakar. Sungguh enak sekali ubi yang mereka bakar teringat sehingga saat ini.

Malam itu kami bermalam di puncak Titiwangsa, sejuk hingga ke tulang hitam. Ust.Wahab yang memang terkenal kebal dengan kesejukan pun sudah tertewas. Beliau mengenakan beberapa lapis pakaian. Selepas Solat Tarawih semua terus tidur, saya masih lagi meneruskan bacaan Al-Quran bagi melengkapkan rutin harian kerana pagi tadi terlalu sibuk. Seawal pagi lagi kami dikunjungi oleh Orang Asli setempat, mereka hairan bagaimana kami boleh tahan dalam cuaca yang begitu sejuk. Kami mengambil kesempatan untuk menyampaikan dakwah Islam, tetapi katanya agama tak boleh paksa mungkin nanti ada yang minat boleh masuk Islam, kami di sini sudah beragama Kristian. Namanya Imran dan kami berjanji akan datang lagi.

Kami bersiap untuk pulang dan bercadang singgah di POS TENAU iaitu pusat terbesar untuk TENAU dan SEMPOH. Di sini terdapat sekolah dan sebuah gereja. Kami bertemu dengan beberapa guru di sini dan menyatakan hasrat kedatangan kami. Seorang guru yang sudah enam tahun di situ menyatakan, semenjak beliau berada di sekolah tersebut tidak bertemu dengan seorang pun mubaligh Islam tetapi mubaligh Kristian masuk ke situ setiap bulan. Kami menyusuri jalan ke gereja, ternyata lambang salib tidak dipamirkan di luar bangunan tetapi diletakkan di dalam bangunan. Mungkin ada strategi mereka di sini. Saya sempat merakamkan gambar-gambar di sekitar kawasan tersebut.

InsyaAllah kami akan datang lagi selepas ini walaupun sudah tidak ada lagi yang Islam di sini. Apakah tidak ada di kalangan kita yang terpanggil untuk meneruskan kerja mulia ini? Namun dikesempatan ini kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada beberapa individu yang telah sudi menyumbang kepada aktiviti dakwah ini.

Dalam perjalanan pulang kami menziarahi Ust.Ahmad Batu Bara untuk menjemput beliau ke Majlis Meraikan Tokoh-Tokoh Sunnah Tanah Air. Kami juga menziarahi Ust.Saleh di Sayong , Kuala Kangsar. Kami terus pulang dan hanya sempat berbuka puasa disalah sebuah restoran Nasi Kandar di Seberang Jaya. Rombongan kami sebenarnya hanya empat orang yang terdiri daripada Ust.Abd.Wahab (ketua ekspedisi dakwah) saya sendiri (Pengerusi Badan Perhubungan dan Dakwah IQ) , Ust.Najmi Desa (kini sedang menyambung pelajaran ke peringkat PhD di Universiti Malaya dan Saudara Yusmi Ismail (Komander perjalanan)

23 November pada Ramadhan yang ke-19, DPIQ menjadi tuan rumah untuk aktiviti agihan zakat untuk Yayasan Dr.Eusof Teh. Sekitar RM90.000.00 telah diagihkan kepada fakir miskin pada majlis tersebut. Masyarakat setempat dan Ahli Perkim Pulau Pinang diantara mereka yang bernasib baik menerima sumbangan tersebut. Majlis yang di Pengerusikan oleh saya sendiri turut menerima ucapan daripada Presiden IQ dan Penasihat IQ.

10 akhir Ramadhan IQ merancang untuk beriktikaf di Masjid Mengkuang. Alhamdulillah program kali pertama ini berjaya dan mendapat sambutan yang baik di kalangan penyokong-penyokong IQ. Insya Allah akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

Namun pada 28 sehingga 30 Nov iaitu pada Ramadhan yang ke 25 hingga 27 kami terpaksa menjejaki tokoh Sunnah di Kelantan. Perancangan di sana sudah disusun dengan baik oleh Dr.Johari Mat dan beberapa rakan-rakan yang lain.

Selepas Solat Asar di Dewan Ibn Qayyim pada 28 November, rombongan yang terdiri daripada 21 orang itu terus bergerak menuju ke Kelantan. Rombongan ini diketuai sendiri oleh Dr.Mohd.Asri Zainul Abidin. Perasaan ukhuwwah cukup terasa dalam perjalanan yang sebegini. Kami sempat berbuka puasa di kawasan rehat Gunung Inas di dalam Daerah Baling. Suasana sebegini sempat kami rakamkan melalui lensa kamera kami untuk tatapan sahabat-sahabat yang tidak dapat bersama. Kami sampai di perkarangan Masjid Pauh , Mukim Panji sekitar jam 12.30 minit malam. Sampai di sana kami disambut oleh Dr.Johari Mat dan Sdr.Shukri yang telah sedia menanti kami sejak awal lagi.

Keesokan paginya 29-November kami mendengar tazkirah ringkas perkembangan sunnah di Kelantan oleh Dr.Johari Mat. Di sana kami menemui Ust.Asri Yusuf di Darul Kautsar, Ust.Abdullah al-Qari Hj.Salleh dan anak beliau Dr.Ahmad Najib. Kami berkesempatan menziarahi Exco Kerajaan Kelantan Ust.Nik Amar dan bertanyakan tentang perkembangan politik di sana dan kesannya terhadap gerakan sunnah ini. Perkembangannya amat baik dan Dr.Mohd.Asri sendiri selalu dijemput untuk menyampaikan tazkirah pada kebanyakkan waktu.

30hb.November, hari ketiga kami membuat persiapan untuk pulang. Selepas membeli belah di Pekan Kota Bharu kami terus berangkat pulang. Kami sempat berbuka puasa bersama di Dewan Ibn Qayyim dan seterusnya menyambung iktikaf di Masjid Mengkuang. Ada di kalangan sahabat-sahabat yang demam di dalam perjalanan dan tidak dapat menyambung iktikaf. Apa pun Ramadhan kali ini diantara yang terbaik bagi kami. Mentari Ramadhan terus melambai pergi. Apakah kita masih berpeluang untuk mengecapi Ramadhan yang akan datang?

Penulis,
Saudara Khosim bin Ismail.
Beliau adalah Pengerusi Badan Perhubungan dan Dakwah, Institut al-Qayyim.

24.Sept.2005 "Seminar Adab-Adab Berbeza Pendapat Dalam Islam" Anjuran bersama Dewan Bahasa & Pustaka dan Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' tempat Balai Budaya Tun Syed Nasir DBP Kuala Lumpur. Panel:Dr.Johari Mat (Pengarah KIAS), Ust.Abd.Rashid Idris (Presiden IQ), Dr.Azwira Abdul Aziz (UKM), Ust.Fadlan Mohd.Othman (Tutor, UKM)

"Majlis Meraikan Tokoh-Tokoh Pelopor Sunnah Tanah Air"

Tarikh : 19-NOV-2005/17-SYAWAL-1426

Masa : 8.30 PAGI - 4.30 PETANG

Hari : SABTU

Tempat : DEWAN PENGAJIAN AL-IMAM IBN-QAYYIM AL-JAUZIYAH

Anjuran : INSTITUT AL-QAYYIM

Objektif: Bagi mengumpulkan tokoh-tokoh Sunnah tanah air, untuk kita sama-sama mendengar sendiri dari mereka akan kesulitan yang terpaksa dilalui pada zaman-zaman awal perkembangan Sunnah. Apakah fitnah yang tidak mereka terima hanya semata-mata untuk menghidupkan Sunnah Nabi. Di atas jerih payah merekalah kita hari ini agak selesa untuk mengamalkan Sunnah Nabi. Namun usaha-usaha untuk memburukkan kita juga tidak pernah terhenti. Untuk itu suntikan semangat kita perlukan dari tokoh-tokoh ini.

Kami juga mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan dan cadangan daripada anda semua bagi menjayakan lagi program tersebut.

Sumbangan boleh diserahkan kepada: Saudara Abd.Wahab Bahari (Setiausaha Agung IQ) H/P: 019-4484379 atau kepada Saudara Khosim Ismail 019-5551234

AKTIVITI DPIQ SEPANJANG RAMADHAN

Setakat ini semua program berjalan seperti biasa. Setiap Khamis majlis berbuka puasa di DPIQ dan diteruskan dengan Solat Tarawih. Majlis Ilmu akan diisi oleh Dr.Mohd.Asri dengan membaca dan berbincang disekitar perkara-perkara yang membatalkan puasa berpandukan buku SOAL JAWAB PUASA berdasarkan Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi.

Thursday, September 01, 2005

KOMEN ANDA

Kami amat mengalu-alukan sebarang komen daripada anda untuk kebaikan bersama yang berterusan.
E-mail komen anda ke dakwahniaga@yahoo.com.my

HADITH HARI INI

" Hendaknya kamu semua solat malam. kerana solat malam itu adalah budaya orang-orang salih sebelum kamu, pendekatan diri kepada Allah,menghapus kejelekan dan mencegah dari perbutan dosa bahkan juga mengusir penyakit dari tubuh seseorang" Riwayat Ahmad,At-Tirmidzi , dinyatakan sahih oleh Al-Albani

Wednesday, August 31, 2005

LAWATAN IQ

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KE ACEH.

MENURUT MAKLUMAT WAKIL KAMI YANG MENGHANTAR BANTUAN BARU-BARU INI, KEADAAN DI ACEH MASIH TIDAK BANYAK BERUBAH.KINI DISIBUKKAN OLEH PERJANJIAN DAMAI GAM DAN PEMERINTAH.



Wakil IQ bersiap sedia di Lapangan Terbang Bulan Bintang Aceh untuk berangkat ke Meulaboh menggunakan helikopter.


Berbekalkan sedikit ilmu saudara Khosim membantu pesakit di POS Sigli Loksamawe dalam Misi Bantuan Kemanusiaan di Aceh. Ratusan pesakit mengunjungi POS ini setiap hari.

LAWATAN KE MUHAMMADIYAH SINGAPURA


Saudara Abd.Wahab Setiausaha Agung IQ sedang menandatangani buku lawatan sempena majlis perasmian bangunan baru Muhammadiyah Singapura di Singapura.Turut kelihatan di dalam gambar ialah Ust.Abd.Kadir Moderator DPIQ dan Sdr.Amir Pengerusi Pembangunan IQ.


Ustaz Abd.Rasyid Idris (Presiden IQ)berforum bersama Bapa Goodwill Setiausaha Muhammadiyah Indonesia, Ustaz Rahim Naib Presiden Muhammadiyah Singapura, Ust.Yusof Pengerusi Jamaah Da'wah Thailand ketika majlis Perasmian bangunan baru Muhammadiyah di Singapura.

JADUAL & KELAS PENGAJIAN


Dr.Mohd.Asri sedang menyampaikan kuliah di DPIQ.


SENARAI KULIAH PENGAJIAN TERKINI DPIQ

01-09-05 Kuliah Muwatta' Imam Malik - Dr.Mohd.Asri (8.40 malam)

03-09-05 Kuliah Sahih Muslim - Ust.Husin Yee (9.30 pagi)

11-09-05 Fiqh Manhaji Jilid 2 - Dr.Mohd.Asri ( 9.00 pagi)

Tuesday, August 30, 2005

KENALI MODERATOR


Inilah orangnya yang selalu menjawab persoalan anda dalam laman web DPIQ. Beliau adalah Ustaz Abdul Kadir bin Sahak.

PROJEK EKONOMI

Lajnah Ekonomi IQ berusaha sedaya upaya mewujudkan berbagai projek ekonomi bagi menjana pendapatan untuk membiayai aktiviti IQ. Setakat ini kita berupaya mendapatkan pendapatan dari sumber-sumber berikut:

1. Sumbangan orang ramai dan Ajk IQ.
Ini merupakan penyumbang terbesar pembiayaan program IQ.
2. Penjualan CD/VCD.
Projek ini baru dilancarkan. Penjualan siri ceramah dan kuliah dari tokoh-tokoh yang diiktiraf. Untuk melihat koleksi tersebut hubungi dakwahniaga@yahoo.com.my
3. Wasiat. Perkhidmatan penulisan wasiat atau kaedah pengurusan harta yang dipantau oleh Penasihat IQ sendiri.
4. Faraidh. Pembahagian harta pusaka.
5. Kami juga menawarkan Pakej percutian dakwah dan rehlah secara berkumpulan.

Sekiranya anda berminat untuk menyumbang atau bersama membantu projek ekonomi IQ sila hubungi Saudara Khosim bin Ismail melalui abubilal71@yahoo.com

PROJEK SEMASA

PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN BARU.



Bangunan sedia ada sudah tidak mampu lagi menampung program IQ yang semakin bertambah. Pembinaan bangunan baru sedang diusahakan menelan belanja RM400 ribu ringgit. Sumbangan anda adalah dialu-alukan untuk perkembangan Sunnah di Malaysia.


Bangunan sedia ada dari pandangan sisi.


Jalan ini amat becak terutama apabila musim hujan. Ini menyukarkan perjalanan pelajar-pelajar kelas Iqra'/Fardhu Ain ini kerana kelas tersebut pada waktu malam.


Jalan masuk ke Dewan Pengajian al-Imam Ibn-Qayyim al-Jauziyyah (DPIQ) daripada jalan utama.

DAKWAH ORANG ASLI


Majlis ramah mesra dengan masyarakat Orang Asli diadakan pada malam pertama kami sampai di perkampungan mereka.


Anak-anak Orang Asli ini sudah mahu mula bermesra, selalunya mereka akan lari bila berhadapan dengan orang luar.


Sdr.Yusmi dari Kelab 4X4 merupakan komander perjalanan memerhatikan keselamatan feri yang membawa rombongan dan kenderaan menyeberangi Sg.Perak. Beliau juga arif tentang Hutan Simpan Gunung Sabai ini.


Rombongan ketika mengunjungi Tok Batin Orang Asli.


Haji Samad, usia bukan penghalang bagi beliau bersama di dalam Program Dakwah Orang Asli. Bergambar bersama Sdr.Khosim ketika menyeberangi Sg.Perak.


Gabungan NGO-NGO bersama Masyarakat Orang Asli Cenawin di Hulu Sungai Perak. Kelihatan digambar Faezah dan Hainah dari Britain mewakili Citizen International, Sdr.Khosim dan Hj.Samad mewakili Institut al-Qayyim, Ust.Wahab dari Muhammadiyah International, Sdr.Yusmi dari Kelab 4X4, Sdr.Roslan dari CAP, Pak Sumut dari Muhammadiyah Indonesia, Sdr.Omar Setiausaha Agung Al-Khaadem.

GAMBAR AKTIVITI DAKWAH

Sekiranya anda berminat untuk menyertai Program Dakwah bersama IQ atau menghulurkan sumbangan kepada program dakwah ini sila hubungi Pengerusi Lajnah Dakwah Saudara Khosim Ismail di talian 019-5551234 atau melalui e-mail abubilal71@yahoo.com



Rombongan IQ disambut oleh Ustaz Hasan di Phayoa (Utara Thailand). Ust. Hasan merupakan pendakwah senior yang telah lama bertugas di sana.

Dr.Mohd.Asri sedang menandatangani buku lawatan, sebagai mematuhi arahan pihak berkuasa setempat.

Bergambar kenangan bersama Ust.Ahmad Muhammad (berjubah)salah seorang pendakwah di pergunungan Hoi San.

Berkesempatan menyampaikan Islam kepada Ketua Sami disalah sebuah Wat di Chiang Rai. Rombongan kami diterima dengan baik.

Mungkin kita kekal seperti ini kalau bukan kerana pendakwah yang datang dari Tanah Arab. Kini menjadi kewajipan kita menyampaikan Islam kepada mereka. Satu kewajipan yang terpikul di bahu kita semua. (Orang Asli di Pergunungan Hoi San).

GAMBAR MAJLIS PELANCARAN


Seramai 250 orang jemputan telah hadir dan wakil-wakil NGO yang terdiri daripada An-Nida', Siasah, Muhammadiyah Singapura, TERAS, Muhammadiyah International, Al-Islah Perlis, CAP dan juga wakil-wakil dari Parti Politik.


Ajk IQ bergambar bersama Tun Abd.Rahman dan Penasihat IQ Dr.Mohd.Rodhi Othman.


Kelihatan digambar Presiden IQ Ustaz Abd.Rasyid bersama Tun Abd.Rahman Yaakob dan Toh Puan dihari perasmian IQ.

AKTIVITI IQ

1. Memberi pemahaman yang sempurna kepada masyarakat untuk beramal dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.
2. Berdakwah kepada masyarakat bukan Islam.
3. Menjalankan program Islah kepada masyarakat Islam.
4. Membantu membangunkan masyarakat dari pelbagai sudut dengan bekerjasama dengan NGO-NGO yang lain.
5. Mentadbir Dewan Pengajian al-Imam Ibn-Qayyim al-Jauziyyah.

PENGENALAN

Ustaz Abd.Rasyid bin Idris @ Adir
Beliau adalah Presiden IQ yang pertama.

Saudara Abdul Wahab bin Bahari
Setiausaha Agung IQ yang pertama.

Ianya ditadbir bersama oleh 9 orang Ahli Lembaga Pengarah.

PENASIHAT IQ

Terdiri daripada:

1. Prof.Madya Dr.Mohd.Rodhi bin Othman
2. Dr.Mohd.Asri Zainul Abidin
3. Ustaz Abdullah Yaakob

Para Penasihat IQ berkuasa penuh memastikan apa sahaja aktiviti IQ bertepatan dengan kehendak Al-Quran dan Al-Sunnah.

MAKLUMAT ASAS

Institut al-Qayyim didaftarkan sebagai Yayasan Amanah pada tarikh 02-Mei-2005. Majlis perasmiannya disempurnakan pada 24.Julai.2005 oleh yang berbahagia Tun Abd.Rahman Yakob (bekas Menteri Pendidikan). Beroperasi di tanah seluas 1 ekar yang beralamat di 458B, Mk-18 Mengkuang, Seberang Perai Tengah, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.